Terkini: Ismail Haniah meminta Setiausaha Agung PBB agar campur tangan dengan memberikan perlindungan antarabangsa kepada para aktivis armada pembebasan. HAMAS menyeru kepada semua penduduk dunia agar mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Israel di seluruh dunia selepas Israel serang konvoi GAZA.
Perasaan bercampur baur semasa ingin mengeluar berita ini. Perasaan geram dan sedih dengan nasib yang menimpa konvoi GAZA yang telah diserang oleh tentera ISRAEL LAKNATULLAH. Mari sama-sama kita doakan semoga mereka terus diberikan kekuatan dan semangat bagi berhadapan sebarang cubaan menggagalkan misi bantuan makanan dan perubatan ke GAZA. Angka kematian setakat ini terus meningkat kepada 20 orang (menurut PRESS TV)
Begitu berani tentera Israel serang melalui perairan antarabangsa.
Tentera Israel berada di atas sebuah kapal tentera di perairan antarabangsa lepas pantai Gaza yang mengelilingi sebuah kapal Turki membawa bantuan ke Gaza
LIVE UPDATE : Berita Israel LAKNATULLAH serang Konvoi GAZA :
- Senarai nama rakyat Malaysia yang terlibat konvoi untuk misi bantuan kemanusian ke GAZA ialah :
1. Noorazman Bin Mohd Samsuddin (Ketua Misi)
2. Dr Mohd Arba’ai Bin Shawal
3. Dr S Muhamad Haleem Bin S Hassan
4. Dr Selamat Bin Aliman
5. Jamuliddin Bin Elias (Yayasan Amal Malaysia)
6. Al Hami Husain Bin Suhaimi
7. Mohd Nizam Bin Mohamad (Wakil Media)
8. Abd Halim bin Mohamed Redzuan (Wakil Media)
- 09.50 malam (Terkini dari Gaza): Jamaludin Alias, wakil Yayasan Amal berada dalam kapal(Marvi Marmara yang diserang Israel). Kesemua ada 8 org rakyat Malaysia, 6 sukarelawan, 2 wartawan. NGO terlibat.
- Seorang wartawan dan seorang jurukamera stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki “Mavi Marmara” yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui. Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
- 09.45 pagi, Mesir/Palestin : Penduduk Turki yang cuba merempuh bangunan konsul Israel di Istanbul kini mengepung semula bangunan konsul Israel.
- 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Lanun (angkatan tentera laut Israel) telah menguasai armada pembebasan dan kapal-kapal armada ditunda(dibawa) ke pelabuhan Ushdud, Israel. Maaf jika kami menggunakan istilah ‘lanun’. Berita yang sebenar tidak menyatakan lanun tetapi kami sendiri melabelkan Israel, ‘lanun’.
- Jumlah yang korban dalam serangan Israel ke atas armada pembebasan seramai 16, manakala cedera dan luka parah dalam lingkungan 32 orang. Dinyatakan lagi, dari jumlah yang terkorban, 9 adalah Turki dan baki dari Negara Arab. Kapal-kapal yang dikuasai lanun akan tiba di pelabuhan Ushdud, Israel dalam masa dua jam lagi.
- 08.40 pagi, Mesir/Palestin : Suasana marah di Semenanjung Gaza berikutan serangan kejam Israel ke atas armada pembebasan.
- Menurut Timbalan Ketua Gerakan Islam 1948 Palestin, penjajah meningkatkan bantuan ketenteraan di utara Tebing Barat berikutan berita mengenai Syeikh Raed Salah yang luka parah dalam serangan Israel.
- 8.30 pagi, Mesir/Palestin : Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai Konvoi Freedom Flotilla tersebut mengalami luka parah akibat serangan tentera penjajah.
- 07.25 pagi, Mesir/Palestin : Duta Israel ke Turki telah dipanggil Kerajaan Turki berikutan serangan itu.
- 07.15 pagi, Mesir/Palestin : Bot-bot perang Israel mengawal perairan pantai Gaza. Kedengaran bunyi tembakan dari bot laju penjajah.
- 08.10 pagi, Mesir/Palestin : Setakat ini 16 mangsa korban akibat serangan Israel yang masih berterusan. (ada laporangan yang mengatakan jumlah korban meningkat ke 20)
- 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Beratus-ratus penduduk Turki merempuh pagar konsul Israel di Istanbul. Mereka mendesak supaya duta Israel dihalau dari Turki. Pihak polis terpaksa mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan berikutan tindakan rempuhan itu.
- Mereka(penduduk Turki) yang bertekad merempuh pagar konsul Israel tidak akan meninggalkan kawasan itu selagimana aktivis-aktivis tidak pulang dengan selama. Dinyatakan, beratus-ratus tentera Israel(tidak pasti berapa) terlibat dalam operasi menyerang kapal armada pembebasan. Dua tentera penjajah mengalami kecederaan ketika melancarkan operasi itu. Bagaimanapun, wartawan menjelaskan, para aktivis terpaksa mempertahankan diri dan kapal dari dirampas. Sehingga kini, tentera Israel masih meneruskan operasinya. Dan tidak diketahui sampai bila, operasi serangan ini akan dihentikan.
- 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Kabinet menteri Kerajaan Palestin Gaza mengadakan perjumpaan tergempar berhubung serangan itu.
- Tahir Nunu, jurucakap rasmi Kerajaan Palestin Gaza mengutuk keras serangan Israel ke atas kapal armada pembebasan MV Marmara.
- 07.50 pagi, Mesir/Palestin : Pengawalan Israel melarang media-median Israel menyiarkan mangsa serangan di atas kapal armada pembebasan
Menteri Perang Israel, Ehud Barak yang dikatakan mengeluarkan keputusan untuk tentera Israel serang armada pembebasan ketika perjumpaan dengan pegawai-pegawai tentera. Sehingga kini, Israel masih membisu dengan apa yang dilakukannya terhadap armada pembebasan.
Lagi gambar-gambar di sekitar tindakan biadap tentera Israel serang KONVOI GAZA :
Gambar Syeikh Raed Salah, Ketua gerakan Islam 1948 yang menyertai Konvoi Freedom Flotilla tersebut mengalami luka parah. Disebelahnya adalah Henning Mankell yang merupakan penulis dari Sweden turut berada dalam armada tersebut.
Salah seorang komando Israel yang terlibat dalam siri serangan terhadap sebuah kapal Turki yang merupakan sebahagian daripada armada bantuan kemanusiaan ke GAZA berupa bantuan makanan dan perubatan.
Seorang gadis diangkat ke atas lori selepas ditembak oleh tentera Israel susulan demontrasi terhadap kapal bantuan GAZA diserang oleh komando Israel
Pengunjuk perasaan membakar bendera Israel ketika mereka mengadakan demonstrasi di Taksim Square, Istanbul Turki
Seorang aktivis wanita Palestin menekup wajahnya sambil menahan kesakitan selepas ditembak oleh tentera Israel di Ramallah kerana terlibat dalam protes terhadap siri serangan Israel terhadap kapal bantuan ke GAZA.
innalilahi wainnailaihirajiun…….al-
No comments:
Post a Comment