wal asr

ngepeng

Tuesday, August 25, 2009

Ar Rumaisa Bt Milhan - tokoh wanita spnjang zaman

Sudah sekian ramainya yang mengagumi Saidatina Khadijah radiallahu anha kerana pengorbanannya, mahupun Aisyah r.a. atas kecerdasannya atau Nusaybah r.a. atas keperwiraannya. Aku mengagumi kesemua mereka. Namun jiwaku lebih terusik dengan satu sosok yang lain.

.

Namanya Ar-Rumaisa bt Milhan.



Juga dikenali sebagai Ummu Sulaym. Walaupun sebelum kedatangan Islam ke Madinah, Rumaisa sudah dikenali kerana perwatakannya yang baik, kebijaksanaannya, dihiasi pula dengan kecantikannya dan pemikirannya yang luas dan tersendiri. Tidak hairanlah kelebihannya ini mendorong sepupunya, Malik b Nadhir untuk menikahinya dan beliau kemudiannya melahirkan Anas bin Malik radiallahu anhu, seorang sahabat baginda Rasulullah yang terkenal.

.

Apabila cahaya Islam mula terbit, orang-orang yang sihat akal & lurus fitrahnya bersegera memeluk Islam. Umm Sulaym termasuk di kalangan orang-orang pertama dari kalangan Ansar yang menerima dakwah ini daripada Mus’ab bin Umair, utusan Rasulullah yang pertama untuk berdakwah ke Madinah. Umm Sulaym juga adalah salah seorang dari 3 wanita yang terlibat dalam Perjanjian Aqabah II.

.

Yakin

Halangan besar yang pertama buat dirinya adalah kemarahan suaminya, Malik bin Nadhir. Malik yang baru pulang dari permusafiran amat terkejut dan baran dgn keislaman Umm Sulaym. Malik berkata dengan kemarahan yang memuncak,

“Apakah engkau murtad dari agamamu?!”

Tanpa gugup Umm Sulaym menjawab, “Tidak, bahkan aku telah beriman.”

Lagi-lagi menambahkan kemarahan Malik adalah tindakan Umm Sulaym yang ketika itu juga mengajarkan anaknya, Anas untuk bersyahadah. Anas yang masih kecil itu menurut ucapan ibunya, `Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah.`

“Jangan engkau merosakkan dia!“ tengking Malik.

“Aku sama sekali tidak merosakkan anakku.“ tegas Umm Sulaym. Malik kemudian meninggalkannya dan diceritakan telah dibunuh oleh musuhnya tidak lama selepas itu.

Tidak mungkin seorang perempuan yang ragu-ragu, lemah dan mudah terpengaruh akan mampu untuk berdiri dengan sabar, tenang & yakin seperti Umm Sulaym di hadapan suaminya, insan yang dicintai tetapi enggan menerima seruan dakwah Islam. Keimanan yang bukan ikut-ikutan, tetapi didasari kesedaran & kefahaman.

.

Bonda mithali

Umm Sulaym kemudian menumpukan sepenuh tenaganya mendidik Anas. Dia bertekad untuk tidak berkahwin lagi, melainkan dipersetujui oleh Anas. Umm Sulaym menyerahkan Anas kepada Rasulullah saw untuk berkhidmat kpd baginda setiap masa. Beliau juga mengajar Anas supaya menjaga segala rahsia baginda, walaupun terhadap diri Umm Sulaym sendiri. Hasilnya, jadilah Anas bin Malik r.a seorang sahabat Rasulullah yang begitu arif dalam ilmu-ilmu islam dan sangat banyak meriwayat hadith. Apabila Anas pulang, beliau pasti menanyakan Anas apa yang dipelajarinya dari Rasulullah hari itu. Umm Sulaym…. pastilah dia bukan calang-calang ibu.

.

Mahar Termahal

Berita tentang Umm Sulaym yang keseorangan telah sampai ke pengetahuan Abu Talhah, seorang bangsawan kacak & hartawan, menjadi kegilaan wanita-wanita Madinah. Selain merupakan seorang yang mahir dengan kuda & pemanah yang handal, dia juga berasal dari suku yang sama dengan Umm Sulaym, Banu Najjar. Abu Talhah ingin meminang & dia begitu yakin Umm Sulaym tidak akan menolaknya.

“Lelaki sepertimu, Abu Talhah… tidak mudah untuk ditolak. Tetapi aku tidak akan berkahwin denganmu kerana engkau tidak beriman.”

Menyangka Umm Sulaym menolaknya kerana sudah menemui seseorang yang lebih kaya dan berpengaruh dari dirinya, Abu Talhah berkata,

“Apa sebenarnya yang menghalangmu dari menerimaku? Emas & perak?“

“Emas & perak?” kecewa dgn tekaan Abu Talhah, Umm Sulaym bernada sedikit sinis. “Demi Allah, jika engkau memeluk Islam, aku sudi menerimamu sebagai suamiku, tanpa sebarang emas & perak. Maharku hanyalah keislaman dirimu.”

Abu Talhah diam. Dia mengerti maksud ucapan Umm Sulaym. Fikirannya melayang mengenang berhala-berhalanya. Peluang dakwah terbuka di depan mata, Umm Sulaym meneruskan bicara,

“Tidakkah engkau perhatikan, berhalamu itu tumbuh dari bumi? Tidakkah merasa sia-sia menyembah bagian pokok, yang engkau ukir sendiri dan selebihnya engkau bakar pula untuk membuat roti? Tinggalkan kepercayaan karut itu dan jika engkau beriman kepada Allah, aku sudi menerimamu sebagai suamiku dan aku tidak mahu apa-apapun pemberian melainkan keislamanmu.”

Abu Talhah meninggalkan rumah Umm Sulaym dan berfikir sedalam-dalamnya kata-kata wanita itu. Dia tahu Umm Sulaym bukan wanita yang sengaja suka bermain merayu kemewahan. Dia kembali dengan wajah yang cerah sekali.

“Aku berada di atas apa yang engkau yakini. Ashhadualla ilahaillAllah, wa ashhaduanna Muhammadar Rasulullah!” Pernikahan mereka berlangsung dan Anas begitu senang hati. Muslimin Madinah lantas berkata, “Kami tidak pernah dengar mahar yang lebih mahal & berharga dari Umm Sulaym, kerana dia telah menjadikan Islam maharnya.“

.

Sungguh keimanan Umm Sulaym tidak dapat ditawar-menawar. Dia bukan seorang wanita yang cinta dunia & meminta kemewahan dari lelaki yang mendekatinya. Padahal ketika itu ia seorang ibu tunggal dan tidak punya apa-apa. Rupanya keteguhannya itulah yang menjadi perantara hidayah bagi Abu Talhah.

.

Sayap dakwah seorang suami

Cabaran tidak habis di situ. Ketika Abu Talhah memeluk Islam, pastilah Umm Sulaym yang lebih faham tentang Ad-Deen. Abu Talhah seorang Muallaf. Dengan keteguhan iman yang dimiliki, dia membimbing suaminya, hingga Abu Talhah menjadi seorang yang begitu taat kepada Rasulullah, salah seorang yang terlibat dalam Bai’ah Aqabah II, dermawan yang menafkahkan hartanya untuk dakwah dan menyertai kesemua peperangan besar Islam. Mampukah menjadi seperti Umm Sulaym? Isteri yang meniupkan ruh jihad dan menyuburkan iman suaminya. You don’t meet such woman everyday!

.

Isteri Mithali

Satu lagi kisah yang terkenal tentang Umm Sulaym……..

Suatu ketika Abu Talhah keluar berperang dan ketika itu anak mereka Abu Umair yang sakit meninggal dunia. Umm Sulaym berpesan kepada anggota keluarganya, “Janganlah kalian menceritakan kepada Abu Talhah hingga aku sendiri yang menceritakan kepadanya.”

Ketika Abu Thalhah kembali, Ummu Sulaim menyeka air matanya, kemudian dengan semangat menyambut suaminya. Apabila ditanya keadaan Abu Umair, dia menjawab seperti biasa, “Dia dalam keadaan tenang.” .Abu Thalhah menyangka bahwa anaknya sudah sihat, sehingga dia bergembira. Dia tidak mahu mendekat karena khuatir mengganggu ketenangannya. Kemudian Umm Sulaym bersolek lebih cantik daripada hari-hari sebelumnya dan memakai wangi-wangian, kemudian keduanya pun berbuat sebagaimana layaknya suami isteri. Tatkala di akhir malam beliau berkata kepada suaminya,

“Wahai Abu Thalhah, bagaimana pendapatmu seandainya ada suatu kaum meminjamkan barangnya kepada suatu keluarga kemudian suatu ketika mereka mengambil semula pinjaman tersebut, maka bolehkah bagi keluarga tersebut tidak mengizinkan?”

Abu Thalhah menjawab, “Tentu saja tidak boleh.”

Ummu Sulaym berkata, “Sesungguhnya anakmu adalah pinjaman dari Allah dan Allah telah mengambilnya kembali, maka tabahkanlah hatimu dengan pemergian anakmu.”

Abu Thalhah tidak kuasa menahan amarahnya. Esoknya beliau pergi menghadap Rasullah saw dan menceritakan semuanya. Rasulullah saw memuji Umm Sulaym dgn bersabda, “Semoga Allah memberi barakah kepada malam kalian berdua.” Mulai hari itulah Ummu Sulaim mengandung seorang anak yang akhirnya diberi nama Abdullah oleh Rasulullah. Seorang sahabat berkata, “Aku melihat Abdullah memiliki 7 orang anak yang kesemuanya hafiz Quran.”

.

Lihat bagaimana Ummu Sulaim melaksanakan kewajibannya terlebih dahulu, mengawal perasaannya dengan melayani suaminya di hari pertama pulang perang. Umm Sulaym yang romantik dan tenang. Tidak mungkin perilaku-perilaku terpuji itu dilakukan oleh perempuan-perempuan yang kurang “mengenal” Rabbnya! Sungguh dia boleh bersabar, memahami kepenatan suaminya, tidak langsung menceritakan hal-hal buruk yang terjadi di rumah sebaik suaminya pulang “kerja”.

.

Berani

Umm Sulaym juga tidak kalah darihal keberaniannya. Dia ikut serta dalam perang Uhud, mengubat tentera yang luka di medan, menyisipkan pisau di celahan bajunya dan turut mempertahankan Nabi di saat-saat nyawa baginda terancam. Begitu juga ketika perang Ahzab, walaupun ketika itu Umm Sulaym sedang sarat mengandung, dia siap dengan pisau, yang diniatkan untuk membunuh musuh dan sesiapa yang lari dari medan jihad. Begitulah, Ummu Sulaim memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Rasulullah saw. Baginda sering menziarahi rumah keluarga itu, kadangkala solat & tidur di sana.

.

*~*~*~*~*~*

Ah….. Rumaisa. Seandainya aku dan muslimah lain bisa meneladaninya, betapa rumahtangga kami adalah syurga! Wanita yang faham sungguh peranannya sebagai da’ie, isteri dan ibu. Dari rahim wanita seperti itulah lahir benih-benih peradaban. Umm Sulaym perempuan yang hanif dan menghanifkan, teguh dan meneguhkan, cerdas dan mencerdaskan. Da’ie yang berfikiran tajam & confident, kekasih yang istimewa, ibu mithali malah pejuang yang berani. Bukan calang-calang perempuan. Seorang sahabiyah Rasulullah yang akrab dan cemerlang dalam sirah. Selamat buatmu Rumaisa. Semoga masih ada Umm Sulaym-Umm Sulaym hari ini. Moga kita menjadi salah satunya….. Ameen.

Monday, August 10, 2009

the earth we live in

We can never treat animals as equals, but we can never degrade them without degrading ourselves. If we should discover creatures who are our technological and intellectual superiors, we should hope they will treat us better than we have treated other conscious creatures. What a wonderful world we live in...isn't it?

Tuesday, August 4, 2009

mencari rezeki di bumi paka

kata orang,bukan semua orang boleh memancing.hobi ini memerlukan kesabaran yang tingi selain perlu meletakkan rasa kasihan ketepi setiap kali hendak menyangkut umpan yang masih hidup.kita ke paka untuk meninjau aktiviti memancing di kawasan itu.stiap petang,kelihatan kelibat seorang ank muda mmbawa peralatan memancing menuju ke muara sungai.dengan baju yang lusuh dan seluar compang camping,ank muda ini mengorak langkah dengan bersemangat..menuju kejayaan.dengan azam'1 wawasan,1 tekad' ...ceeh.kesempitan hidup memaksa anak muda ini berdikari untuk meneruskan sisa-sisa hidup.batang pancing nya di buat dr ranting kayu,talinya daripada wayar letrik,dan umpan menggunakan sjenis organisma dinamakan plankton...biarpun begitu,ank muda ini dikagumi oleh msyarakat di kawasan dungun ini sebagai 'the king of fisherman' lantaran kerap mmbawa pulang ikan2 y besar tmasuk lah bbrapa ekor ikan salmon dan juga duyung...mari kita lihat kecekalan ank muda ini mengharungi liku2 hidup sebagai pemancing tegar.

inilah ikan salmon yang didakwa ditangkap diperairan pantai paka yang terkenal dengan hidupan2 laut yang misteri

lokasi dimana pemuda ini berjaya menangkap ikan duyung yang cun
terduduk keletihan setelah bertarung dengan ikan bilis.
ikan yang berjaya ditangkap dilatih agar berbaris supaya mudah dikira
farid bergaya dengan pancing nya yang pernah menewaskan tapak sulaiman seberat 500lb.
gaya pemancing handalan,gme sewaktu memberikan tunjuk ajar kpd ank2 buahnya.
rileks sebentar bersama sifu
inilah kucing laut yang telah menapau umpan udang aku sebanyak 7 ekor. setelah berputus asa mengejar kucing ini,akhirnya aku halalkan je kt kucin ni.untung ko kucin.
waktu maghrib adalah y plg sesuai ntuk memancing kuda laut.
ini ketam OKU tgn nya besar sebelah y berjaya dijumpai di lokasi memancing
flare dari pgb b
kami menikmati rezeki hari ini rsama-sama..nyam2


sekian sahaja untuk kali ini.semoga anda mendapat info yang berguna..