wal asr

ngepeng

Wednesday, June 2, 2010

31.05.10 - warga emas digilis bas di hentian bus tanjung malim (7.30am)-jgn tgk klu lemah smngat

Hentian Bas Tanjung Malim

Tanjung Malim

Perak

31 Mei, 2010

7-30 pagi

Jeritan orangramai di hentian bas pada pagi ini, menjadikan suasana di sini menjadi kelam-kabut.

Bagaimanapun, segalanya telah terlambat.

Mangsa terus digilis bas ini tanpa disedari oleh pemandunya sehinggalah orangramai menjerit bagi mengelakkan tayar belakang pula menggilisnya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7-05 padi tadi.

Bas 'Star Coach' ini baru sahaja menurunkan penumpang di hentian bas Tanjung Malim ini.

Bas ini berulang alik antara pekan Tanjung Malim-Slim River-Sungkai.

Seperti kebanyakan penumpang lain, sebaik turun, mereka akan melintas di hadapan bas.

Malang bagi warga emas ini, Aishah Ariffin, berusia lewat 70han, ketika dia berjalan perlahan di hadapan bas untuk melintasinya, bas ini terus bergerak.

Pemandunya dipercayai tidak menyedari mangsa masih berada di hadapannya kerana Aishah dipercayai melintas hadapan bas dengan badan rapat pada bas.

Akibatnya, mangsa terus terjatuh dan kepalanya digilis oleh tayar hadapan sebelah kanan.

Ketika ini orangramai di hentian bas menjerit dan berkejar kepada bas itu memaklumkan mengenai kejadian.

Dan bas diberhentikan betul-betul sebelum tayar belakang pula menggilisnya.

Akibat kecederaan parah di kepala, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Bagi mengeluarkan mayat mangsa, bas ini terpaksa dipandu mengundur secara berhati-hati.

Mayat dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.

1 comment:

Anonymous said...

sy ada di situ waktu kejadian...mmg ngeri..