wal asr

ngepeng

Monday, March 2, 2009

cerita arnab


Diceritakan oleh Sang Arnab yang bernama Shiput kepada
cucu-cucunya sebuah cerita hikayat 1000 lawak dunia Arnab
sebelum tidur.

Pada suatu hari, sebuah perkampungan Arnab di Yugoslavia
yang diberi nama Yugoslavai telah diarahkan untuk
berpindah kerana gunung berapi Yugoslavie dijangka
meletus. Maka, berlakulah perpindahan yang besar,
masing-masing berpindah ke Yugoslavio dan Yugoslavoi,

Dalam pada itu, terdapat 3 ekor arnab yang sangat rapat.
Mereka berkawan baik semenjak kecil. 3 arnab tersebut
A, B dan C.

A, B dan C berjanji untuk bertemu di hujung kampung.
A sudah bersiap dengan bekalan yang cukup,
B sudah bersedia dengan peralatan ubatan,
tetapi si C tidak membawa apa-apa. Kemudian,
mereka terpaksa bergegas kerana jauh perjalanan mereka
untuk ke Yugoslavio ialah 1200 km.

selepas 120 km berjalan, mereka mula menyedari
mereka terlupa membawa passport,oleh kerana itu,
si C telah diamanahkan untuk balik untuk mengambil
passport mereka daripada ketua kampung.

C : Aku rasa baik kita bertiga pergi sama-sama.
A : Aku rasa baik C yang pergi, dia pun bukan bawa apa pun.
B : Aku setuju. C, ko kena balik ambil passport!!
C : Baiklah, kamu kena janji, kamu jangan makan makanan itu lagi.
Tunggu aku datang sini.
B : Baiklah. Kami janji!
C : Kalu 3 hari aku belum sampai?
B : Kami tunggu!!
C : 5 hari?
A : Ya, kami tunggu…
C : 10 hari..?
B : Hmmm.. Baiklah, kami tunggu.

Mendengar jaminan itu, berangkatlah si C ke kampung halaman.
… hari silih berganti, 1,2,3,-5 hari, C masih belum kunjung tiba.
Perut mula memberontak. Namun, ingat kembali pada janji,
A dan B tetap ikat perut. Kemudian, genaplah 10 hari kepergian
C yang belum petanda kembali.

B : Aku hairan dengan si C.
A : Perut aku terlalu lapar.
B : Aku rasa baik kita makan terlebih dahulu.
A : Bagus, kita simpanlah sedikit untuk si C…

Tiba-tiba…

C : Haaaa…. aku dah agak, kamu takkan tepati janji.
Janji nak tunggu aku. Nasib baik aku tak balik.
Kalau tidak mesti aku kempunan makanan tuh..

Malang sungguh, rupanya si C tidak pulang, dia hanya
menyorok di sebalik semak memerhatikan si A dan B.

C : Jom makan… he he he he…. :P

3 comments:

Unknown said...

poyie~~
nih hasil karya lepas TP ker?

Amizah Azid said...

haha
bijok sungguh si C
jom make~~ ^_^V

saya suka baca blog said...

kisah benar ni
hahaha